Ada 2 malapetaka yang besar pernah terjadi dalam sejarah islam sehingga membawa kepada penderitaan seluruh umat islam sehingga beberapa generasi...
1. Zaman Abbasiyah-di bawa oleh Hulagu iaitu panglima tentera bangsa tatar, dari Mongolia. Kemuncaknya, kota Baghdad (ibu kota zaman ini) diserang. mereka merampas, merobohkan dan membunuh penduduknya.
Keadaan umat islam sebelum diserang -> mereka menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlaq akibat kelalaian pentadbiran, kezaliman pihak berkuasa, lemahnya cita2 khalifah, dan kemalasan majoriti gol. ulama' dari tugas amr ma'ruf nahi mungkar. Mereka hanya sibuk dengan perdebatan, dan perbahasan kosong tentang perkara2 agama.
Akhirnya muncul peribadi2 yang hidup jiwanya, melakukan pembaikan umat. Mereka mengajak umat manusia menjejak langkah mereka dan menampal mana2 yang koyak dalam urusan umat islam dalam kadar yang mampu. Beberapa abad kemudian, muncullah zaman Uthmaniyah. Kerajaan islam kembali tertegak.
2. Zaman Uthmaniyah- berlaku penjajahan tentera2 british dan perancis ke negara2 islam. mereka telah menghapuskan pemerintahan uthmaniyah, iaitu kerajaan islam yang terakhir. Mereka menghapuskan pemerintahan ini dengan cara menukar banyak undang2 islam kepada undang2 barat, merubah sistem pendidikan menurut sistem pendidikan barat, dan mengembangkan semangat perkauman sesama bangsa turki. Mereka juga melibatkan pihak yahudi dan freemason dalam urusan politik negara.
Dengan penukaran2 ini, mereka telah berjaya mempengaruhi hati orang2 islam. Mereka juga menanamkan rasa suka kepada kesenangan dan takut kepada kezaliman mereka. Maka jahiliyyah pun menguasai dunia islam..
* * *
Walaupun perang dunia pertama telah tamat dan berakhirnya kekuasaan jahiliyah di dunia islam, umat islam di seluruh dunia masih lagi hidup dalam kebingungan dan tercengang2. Mereka memerlukan seorang pemimpin yang dapat membangkitkan dan menyalakan cahaya islam dalam diri mereka di tengah2 taufan jahiliyah.
Benar, ramai individu2 yang merasai hakikat ini, tetapi mereka buntu dan tercari2 bagaimana caranya untuk menyedarkan manusia tentang hakikat kejatuhan umat ini.. Lantas mereka menggunakan cara menulis rencana2, mengadakan perhimpunan2, dan menulis resolusi di atas kertas semata-mata. Suara dan pendapat mereka hanya terpapar di dada2 akhbar dan mimbar2 binaan sahaja..
Begitulah sedikit gambaran tentang realiti umat islam semasa zaman kejatuhannya. Realiti ini membuktikan bahawa kita perlu berdiri dan melaungkan laungan "inilah aku!".. Kalimah ini yang akan menyedarkan umat islam dari kebingungan. lalu imam syahid Hasan al-Banna melaungkan kalimah ini. Beliau telah menubuhkan jemaah Ikhwanul Muslimin dan dengannya beliau mengorak langkah melakukan pengislahan umat.
Seorang pendakwah islam yang agung, Syakib Arsalan rahimahullah telah membuat suatu formula membina kembali umat islam, kata beliau "Tidak boleh tidak, kita mesti memulakan usaha islam ini dari bawah, iaitu melalui pembentukan individu" seterusnya beliau berkata lagi "Apa faedahnya kita mengadakan perhimpunan2, kemudian tidak mampu kepada perlaksanaan? adakah kamu ingin mengumpulkan angka2 yang kosong?"
Jelas di sini, medan amal itu adalah medan terbaik untuk membaiki umat. kita boleh ambil pengajaran dari kisah seorang sahabat rasulullah, Zuljausyan al-Dhababi r.a. Beliau tidak menyertai islam sehingga pembukaan mekah, sedangkan Rasulullah telah mengajak beliau memeluk islam selepas dari perang badr. Tetapi beliau menolak tawaran baginda kerana ingin menunggu sehingga islam mencapai kemenangan. pendirian beliau bersifat 'tunggu dan lihat' ini menyebabkan beliau merasa sangat menyesal tak sudah (selepas islam) kerana tidak tergolong dalam golongan yang bekerja untuk islam. Sedangkan pahala yang dijanjikan Allah bagi sesiapa yang bekerja untuk islam itu sangat besar..
tetapi seharusnya kita menjadi seperti Nabi Ismail a.s, yang menyokong dan membantu ayahnya, tatkala Nabi Ibrahim a.s mendapat arahan dari Allah untuk menyembelih puteranya itu. kata Ismail a.s, "Lakukanlah sepertimana yang diperintahkan Allah kepadamu. Aku akan membantumu". Beginilah jawapan orang yang beriman, nekad tanpa ragu2 dan teragak2.
Ya Allah, jadikanlah kami ini dari kalangan penolongMu. Ya Allah, tetapkanlah hati kami atas jalanMu. Berikanlah kami hadayah dan petunjukMu..amiin