jiwa yang TENANG

"wahai jiwa yang TENANG! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya..."

Sering kali kita tercari-cari, siapakah yang sepatutnya menjadi qudwah, atau role model, ataupun seseorang yang kita boleh jadikan contoh untuk kita meneruskan kehidupan. sebenarnya cukuplah Rasulullah saw sebagai manusia terbaik untuk kita contohi. walaubagaimanapun, banyak alasan yang boleh kita beri; sekarang Rasulullah sudah tiada, kan lebih seronok kalau role model kita tu ada depan mata, Rasulullah tak hidup zaman sekarang....dan banyak lagi.

ya, benar semua alasan itu, tiada satu pun yang salah.. tetapi kan lebih baik jika kita kaji dan susuri sirah Rasulullah, kemudian kita praktikkan apa yang diajar oleh baginda saw dalam kehidupan seharian, sambil berkata di dalam hati "Akulah yang akan menjadi qudwah kepada masyarakat! kalau bukan aku, siapa lagi?"

tidak dinafikan bahawa bukan mudah untuk menjadi qudwah hasanah (contoh yang baik) kepada orang lain. bagus di suatu sudut, sudut lain ada yang kurang. tiada manusia yang sempurna. tetapi mahu atau tidak mahu, kita seharusnya berusaha dan bersungguh-sungguh untuk menjadi contoh kepada masyarakat! -moga usaha kita ini diganjari Allah dan diredhaiNya-

3 perkara yang perlu seseorang itu tinggalkan jika ingin menjadi 'contoh':

  • meninggalkan kerehatan
  • meninggalkan keni'matan
  • meninggalkan kekuasaan
ketiga-tiga perkara ini jika tidak ditinggalkan, akhirnya akan membawa kepada sifat malas, pentingkan diri, lebih memikirkan hal-hal kecil, dan tidak sanggup untuk berkorban.
sepertimana baginda saw pernah diberi peluang untuk menjadi kaya; memiliki unta sebanyak antara dua bukit, tetapi baginda memilih untuk sedeqahkan unta-unta tersebut dan menjalani kehidupan biasa.

seperti kata-kata pepatah:

"kesusahan itu membentuk rijal (pemuda yang sejati)"
moga-moga amalan kita ini diterima Allah, menjadi qudwah kepada masyarakat bukan kerana ingin nama kita disebut-sebut, tetapi agar kita dapat mengajak masyarakat mengamalkan cara hidup islam dalam kehidupan. wallahua'lam~

0 comments:

Assalamualaikum

berat kaki ini untuk melangkah. jalan dihadapan penuh duri. masih jauh perjalanan menuju ketenangan. dalam memilikinya bukan mudah. kerana penghujungnya adalah kekal. yang diyakini, ketenangan yang diburu adalah pasti. kerana disitu lah redhoMu Ilahi..

Kita Peduli

Kita Peduli

Dah solat..?

Pengarang

Mereka Menulis

Labels