Tajuk cerita ini tidak menarik. Tajuk yang tak bombastic. Ceritanya juga mungkin kebudak-budakan. Tapi melihat kepada komen 'two thumbs up' dari seorang blogger, maka timbul lah tanda tanya lalu mahu menyaksikan sendiri cerita ini.
Mengisahkan seorang budak penakut (hiccup) tinggal di kampUng yang haiwan perosaknya bukan lah ulat, kumbang, ayam, tetapi adalah dragon. Semua penduduk berhempas pulas untuk menghapuskan dragon yang dikatakan mengancam penduduk di situ. Hiccup turut mahu serta dalam misi menentang dragon, tetapi dia sekadar mencipta lagi kecelaruan lalu menyebabkan ayahnya tidak mengizinkan dia untuk menyertai mereka lagi. Cerita bermula apabila hiccup secara tidak sengaja mencederakan ekor night fury (dragon) yang mengakibatkan dragon itu tidak mampu lagi terbang. Kesempatan itu hiccup gunakan untuk menikam dragon tersebut, setidak-tidaknya boleh dia menempa nama sebagai wira dikampung. Akan tetapi, dalam dirinya seakan tidak punya jiwa untuk membunuh dragon, lalu niatnya itu dibatalkan. Mungkin sifat penakutnya itu megubah keadaan. Sejak itu hiccup mendalami karakter dragon, lalu bermulalah episod dia mengawal dragon tersebut. Ternyata dragon bukanlah seratus peratus seperti yang mereka anggap sebelum ini.
Cara penceritaan cerita ini boleh dikatakan menarik. Walaupun animasi, detail detail penceritaan diambil kira. Sehingga salah seorang peminat tegar cerita ini yang lebih dikenali sebagai L menyifatkan plot penceritaanya hampir menyerupai kisah ashabul ukhdud. (hahaha..boleh pulak). Tapi mungkin juga betul. Analoginya boleh dilihat ketika hiccup perlu memilih kepercayaanya kepada dragon yang baru dia kenali atau kepercayaan lama masyarakatnya terhadap dragon. Bukan mudah dan tentu sahaja menimbulkan konflik.
Walau apapun, ini hanya cerita. Sudah tentu cerita yang benar itu lebih sukar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
0 comments:
Post a Comment