jiwa yang TENANG

"wahai jiwa yang TENANG! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya..."

assalaamu'alaikum wbt.

sekian lama tidak menulis, akhirnya diberi peluang masa dan ruang untuk terus menulis.
alhamdulillah
..
alhamdulillah
..
Alhamdulillah kerana Allah memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi.
justeru kita tanya pada diri sendiri, adakah kita ingin melalui Ramadhan kali ini sepertimana para sahabat melaluinya, ataupun seperti orang biasa, yang berpuasa sekadar memenuhi rukun islam yang ke3, tidak lebih dari itu.
semoga Allah mengganjari setiap amalan hambaNya dengan sebaik-baik ganjaran..

antara kelebihan ramadhan: awalnya rahmah, tengahnya keampunan, akhirnya pembebasan dari api neraka, amalan sunat seperti amalan fardhu, amalan fardhu 70 kaliganda, syaitan diikat, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, padanya ada lailatul qadr-satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...dan lagi...

kali ini saya ingin ceritakan kisah menarik budaya mesir yang tiada di malaysia pada bulan ramadhan, dan mengharapkan agar suatu hari nanti masyarakat malaysia boleh turut berbudaya seperti mereka..ameen..
saya tak akan risau jika dalam perjalanan pulang ke rumah, pada waktu petang yang hampir kepada waktu berbuka, dan saya tidak membawa sebarang bekalan untuk berbuka puasa. kerana biasanya mereka akan tahan kenderaan awam dan mengagihkan makanan yang telah dibungkus kepada para penumpang kenderaan tersebut untuk berbuka puasa. antara makanan yang diberi adalah sekotak air jus, kurma, dan roti. kadang-kadang air mineral, dan kadang-kadang makanan berat seperti sepinggan nasi, ayam dan sayur. Ramadhan mengajar mereka bersifat pemurah.
pernah suatu hari, saya melihat sebuah kereta yang penuh dengan bungkusan makanan pada bonetnya, si ayah menahan sebuah kenderaan awam dan mengagihkan bungkusan tersebut kepada penumpang. si ayah lalu memanggil anaknya untuk sama-sama mengagihkan makanan tersebut. anaknya dengan gembira dan penuh semangat membantu ayahnya.. sangat mengkagumkan. budaya yang baik akan berterusan selagi generasi kini menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak mereka.

satu lagi perkara yang mengkagumkan, masyarakat melazimi bacaan al-quran pada bulan Ramadhan. walau di mana mereka berada, mereka dengan quran masing-masing. termasuklah ketika mereka berada dalam kenderaan awam. itulah antara kelebihan mesir yang sangat saya kagumi. semoga kita dapat mengambil contoh yang baik dari negara-negara lain, dan aplikasikan pada masyarakat kita.

تقبل الله منا ومنكم

1 comments:

selamat berpuasa. selamat beribadat

Assalamualaikum

berat kaki ini untuk melangkah. jalan dihadapan penuh duri. masih jauh perjalanan menuju ketenangan. dalam memilikinya bukan mudah. kerana penghujungnya adalah kekal. yang diyakini, ketenangan yang diburu adalah pasti. kerana disitu lah redhoMu Ilahi..

Kita Peduli

Kita Peduli

Dah solat..?

Pengarang

Mereka Menulis

Labels