jiwa yang TENANG

"wahai jiwa yang TENANG! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya..."


16 Ramadhan 1431H

Kebiasaannya dipertengahan ramadhan mood semakin pudar. Tidak seperti di awal bulan dulu. Apapun seharusnya semangat itu tetap mekar kerana berlalunya hari bererti semakin hampir kita kepada berakhirnya Ramadhan, bulan yang penuh berkah ini.


Alhamdulillah dipertemukan juga dengan Ramadhan tahun ini. Apabila dilihat kembali berapa ramai orang yang Ramadhan tahun lepas adalah yang terakhir baginya. Termasuklah dikalangan mereka ada yang hampir dengan kita, tetapi terlebih dahulu pergi meninggalkan dunia.

1. Di malam pertama Ramadhan, terasa seperti di dunia ini semua manusia taat kepada Allah. Terasa seperti bumi ini penuh keamanan. Masjid kami dikunjungi beribu-ribu manusia. Wah, hebat, seronok.

2. Tahun ini masjid kami menjemput imam tarawikh dari timur tengah. Imam masjid itu sendiri juga dikalangan pembaca Al-Quran yang hebat dalam solat-solatnya. Bacaannya lancar, memang sedap. Rasanya tiada masalah pun hingga perlu mengambil imam lain. Bila difikirkan kembali, pengambilan imam luar negara ini dijadikan motivasi untuk jamaah pergi ke masjid. Setidak-tidaknya cara bacaan mereka berbeza. Terasa sedikit kelainan berbanding tahun-tahun lepas. Tukar citarasa, tiada salahnya. Malah Al-Quran adalah hiburan bagi orang mukmin. Alhamdulillah. Tahniah kepada pihak masjid.

3. Bulan Ramadhan, bulan Al-Quran. Di rumah dengan Al-Quran, di masjid dengan Al-Quran. Bukan hanya bacaan itu penting, malah mentadabburnya adalah lebih penting. Cuba untuk memahami setiap baris yang dibaca imam ketika solat. Tapi masih tidak mampu akibat kejahilan diri sendiri. Seperti biasa target untuk menghabiskan sehingga 30 juzuk dalam bulan Ramadhan tetap ditanam. Walaupun selalunya tidak berjaya. Bila difikirkan bukan kah menghayati Al-Quran itu lebih afdhol dari sekadar membacanya sahaja? Tapi dengan meletak target untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam satu bulan, setidak-tidaknya mendorong kita untuk terus berusaha membacanya, dari membiarkan masa belalu kosong begitu sahaja.

4. Bazar ramadhan tidak lagi menjadi tumpuan kami seperti tahun-tahun sebelum ini. Mungkin disebabkan menyedari kesan yang boleh dikatakan buruk apabila berkunjung ke sana. Yang ketara, akibat terlalu kenyang waktu berbuka, menyebabkan ketidakselesaan untuk tarawikh. Jika dilihat dari satu perpektif, bazar ramadhan banyak juga mendatangkan manfaat. Membantu golongan yang sibuk bekerja dan tidak sempat memasak dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Malah bazar ramadhan boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan bagi peniaga2. Diceritakan, tapak bazar ramadhan disewakan dengan harga yang mencecah rm30k. Hal ini menyebabkan saya terfikir berapakah keuntungan perolehi para penjual makanan yang berniaga di pasar ramadhan. Pasti lebih banyak (?)

5. Banyak dugaan yang harus ditempuh dalam bulan Ramadhan ini. Antara dugaan terbesar adalah makanan. Sekadar melihat orang menghirup teh di tv sudah meliurkan. Apatah lagi jika melihat makanan2 di depan mata. Yang kebiasaanya dilihat tidak menyelerakan juga kelihatan enak waktu itu. Mungkin kesempatan2 inilah yang diambil nafsu untuk membeli pelbagai juadah di bazar ramadhan. Akhirnya, penjual mendapat keuntungan yang besar walaupun makanan yang dijual bukanlah yang berkualiti. Dan pembeli akhirnya akan membuang makanan2 tersebut akibat tidak sedap atau amat kekenyangan. Maka dimanakah terletaknya pahala ibadah kita? Bukankah bulan Ramadhan tujuannya untuk mengekang hawa nafsu? Bukan sahaja hawa nafsu tidak dapat dikawal, malah pembaziran juga berlaku, serta kelesuan dalam ibadah dimalam hari juga menjadi akibat dari semua ini. Jika dilihat banyak juga keburukan bazar Ramadhan. Yang penting, ambil lah tindakan yang wajar, supaya kita bukan lah dikalangan mangsa bazar Ramadhan itu sendiri.

6. Semalam kelihatan bulan penuh yang terang benderang. Sempat juga menangkapnya (walaupun tanpa tele lens) selepas balik dari masjid. Boleh juga dikongsi untuk catatan kali ini. =)

Semoga amalan-amalan
kita semua dibulan mulia ini diterima Allah. Amiin

0 comments:

Assalamualaikum

berat kaki ini untuk melangkah. jalan dihadapan penuh duri. masih jauh perjalanan menuju ketenangan. dalam memilikinya bukan mudah. kerana penghujungnya adalah kekal. yang diyakini, ketenangan yang diburu adalah pasti. kerana disitu lah redhoMu Ilahi..

Kita Peduli

Kita Peduli

Dah solat..?

Pengarang

Mereka Menulis

Labels