jiwa yang TENANG

"wahai jiwa yang TENANG! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya..."

A “murmuration” of starlings, as this phenomenon is known, must be one of the most magical, yet underrated, wildlife spectacles on display in winter. Impenetrable as the flock’s movements might seem to the human eye, the underlying maths is comparatively straightforward. Each bird strives to fly as close to its neighbours as possible, instantly copying any changes in speed or direction. As a result, tiny deviations by one bird are magnified and distorted by those surrounding it, creating rippling, swirling patterns. In other words, this is a classic case of mathematical chaos (larger shapes composed of infinitely varied smaller patterns). Whatever the science, however, it is difficult for the observer to think of it as anything other than some vast living entity.

taken here

see this

..by this video clip
still.simple.yet.significant.

The Choosen One

17 Ramadhan 1431H, Jumaat

1.Nuzul Quran
Al-Quran mukjizat agung. Kekal sampai akhir zaman. Di dalamnya penuh manfaat, ilmu, cerita, peringatan, motivasi, penawar bagi segala penyakit (zahiriyah, hati)

2.Perang Badar
tarikh yang sama, hari yang sama, tahun yang berbeza - Badar Kubra
sama2 kita mendalami/recall kisahnya di sini & sini


16 Ramadhan 1431H

Kebiasaannya dipertengahan ramadhan mood semakin pudar. Tidak seperti di awal bulan dulu. Apapun seharusnya semangat itu tetap mekar kerana berlalunya hari bererti semakin hampir kita kepada berakhirnya Ramadhan, bulan yang penuh berkah ini.


Alhamdulillah dipertemukan juga dengan Ramadhan tahun ini. Apabila dilihat kembali berapa ramai orang yang Ramadhan tahun lepas adalah yang terakhir baginya. Termasuklah dikalangan mereka ada yang hampir dengan kita, tetapi terlebih dahulu pergi meninggalkan dunia.

1. Di malam pertama Ramadhan, terasa seperti di dunia ini semua manusia taat kepada Allah. Terasa seperti bumi ini penuh keamanan. Masjid kami dikunjungi beribu-ribu manusia. Wah, hebat, seronok.

2. Tahun ini masjid kami menjemput imam tarawikh dari timur tengah. Imam masjid itu sendiri juga dikalangan pembaca Al-Quran yang hebat dalam solat-solatnya. Bacaannya lancar, memang sedap. Rasanya tiada masalah pun hingga perlu mengambil imam lain. Bila difikirkan kembali, pengambilan imam luar negara ini dijadikan motivasi untuk jamaah pergi ke masjid. Setidak-tidaknya cara bacaan mereka berbeza. Terasa sedikit kelainan berbanding tahun-tahun lepas. Tukar citarasa, tiada salahnya. Malah Al-Quran adalah hiburan bagi orang mukmin. Alhamdulillah. Tahniah kepada pihak masjid.

3. Bulan Ramadhan, bulan Al-Quran. Di rumah dengan Al-Quran, di masjid dengan Al-Quran. Bukan hanya bacaan itu penting, malah mentadabburnya adalah lebih penting. Cuba untuk memahami setiap baris yang dibaca imam ketika solat. Tapi masih tidak mampu akibat kejahilan diri sendiri. Seperti biasa target untuk menghabiskan sehingga 30 juzuk dalam bulan Ramadhan tetap ditanam. Walaupun selalunya tidak berjaya. Bila difikirkan bukan kah menghayati Al-Quran itu lebih afdhol dari sekadar membacanya sahaja? Tapi dengan meletak target untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam satu bulan, setidak-tidaknya mendorong kita untuk terus berusaha membacanya, dari membiarkan masa belalu kosong begitu sahaja.

4. Bazar ramadhan tidak lagi menjadi tumpuan kami seperti tahun-tahun sebelum ini. Mungkin disebabkan menyedari kesan yang boleh dikatakan buruk apabila berkunjung ke sana. Yang ketara, akibat terlalu kenyang waktu berbuka, menyebabkan ketidakselesaan untuk tarawikh. Jika dilihat dari satu perpektif, bazar ramadhan banyak juga mendatangkan manfaat. Membantu golongan yang sibuk bekerja dan tidak sempat memasak dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Malah bazar ramadhan boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan bagi peniaga2. Diceritakan, tapak bazar ramadhan disewakan dengan harga yang mencecah rm30k. Hal ini menyebabkan saya terfikir berapakah keuntungan perolehi para penjual makanan yang berniaga di pasar ramadhan. Pasti lebih banyak (?)

5. Banyak dugaan yang harus ditempuh dalam bulan Ramadhan ini. Antara dugaan terbesar adalah makanan. Sekadar melihat orang menghirup teh di tv sudah meliurkan. Apatah lagi jika melihat makanan2 di depan mata. Yang kebiasaanya dilihat tidak menyelerakan juga kelihatan enak waktu itu. Mungkin kesempatan2 inilah yang diambil nafsu untuk membeli pelbagai juadah di bazar ramadhan. Akhirnya, penjual mendapat keuntungan yang besar walaupun makanan yang dijual bukanlah yang berkualiti. Dan pembeli akhirnya akan membuang makanan2 tersebut akibat tidak sedap atau amat kekenyangan. Maka dimanakah terletaknya pahala ibadah kita? Bukankah bulan Ramadhan tujuannya untuk mengekang hawa nafsu? Bukan sahaja hawa nafsu tidak dapat dikawal, malah pembaziran juga berlaku, serta kelesuan dalam ibadah dimalam hari juga menjadi akibat dari semua ini. Jika dilihat banyak juga keburukan bazar Ramadhan. Yang penting, ambil lah tindakan yang wajar, supaya kita bukan lah dikalangan mangsa bazar Ramadhan itu sendiri.

6. Semalam kelihatan bulan penuh yang terang benderang. Sempat juga menangkapnya (walaupun tanpa tele lens) selepas balik dari masjid. Boleh juga dikongsi untuk catatan kali ini. =)

Semoga amalan-amalan
kita semua dibulan mulia ini diterima Allah. Amiin

assalaamu'alaikum wbt.

sekian lama tidak menulis, akhirnya diberi peluang masa dan ruang untuk terus menulis.
alhamdulillah
..
alhamdulillah
..
Alhamdulillah kerana Allah memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi.
justeru kita tanya pada diri sendiri, adakah kita ingin melalui Ramadhan kali ini sepertimana para sahabat melaluinya, ataupun seperti orang biasa, yang berpuasa sekadar memenuhi rukun islam yang ke3, tidak lebih dari itu.
semoga Allah mengganjari setiap amalan hambaNya dengan sebaik-baik ganjaran..

antara kelebihan ramadhan: awalnya rahmah, tengahnya keampunan, akhirnya pembebasan dari api neraka, amalan sunat seperti amalan fardhu, amalan fardhu 70 kaliganda, syaitan diikat, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, padanya ada lailatul qadr-satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...dan lagi...

kali ini saya ingin ceritakan kisah menarik budaya mesir yang tiada di malaysia pada bulan ramadhan, dan mengharapkan agar suatu hari nanti masyarakat malaysia boleh turut berbudaya seperti mereka..ameen..
saya tak akan risau jika dalam perjalanan pulang ke rumah, pada waktu petang yang hampir kepada waktu berbuka, dan saya tidak membawa sebarang bekalan untuk berbuka puasa. kerana biasanya mereka akan tahan kenderaan awam dan mengagihkan makanan yang telah dibungkus kepada para penumpang kenderaan tersebut untuk berbuka puasa. antara makanan yang diberi adalah sekotak air jus, kurma, dan roti. kadang-kadang air mineral, dan kadang-kadang makanan berat seperti sepinggan nasi, ayam dan sayur. Ramadhan mengajar mereka bersifat pemurah.
pernah suatu hari, saya melihat sebuah kereta yang penuh dengan bungkusan makanan pada bonetnya, si ayah menahan sebuah kenderaan awam dan mengagihkan bungkusan tersebut kepada penumpang. si ayah lalu memanggil anaknya untuk sama-sama mengagihkan makanan tersebut. anaknya dengan gembira dan penuh semangat membantu ayahnya.. sangat mengkagumkan. budaya yang baik akan berterusan selagi generasi kini menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak mereka.

satu lagi perkara yang mengkagumkan, masyarakat melazimi bacaan al-quran pada bulan Ramadhan. walau di mana mereka berada, mereka dengan quran masing-masing. termasuklah ketika mereka berada dalam kenderaan awam. itulah antara kelebihan mesir yang sangat saya kagumi. semoga kita dapat mengambil contoh yang baik dari negara-negara lain, dan aplikasikan pada masyarakat kita.

تقبل الله منا ومنكم


Tajuk cerita ini tidak menarik. Tajuk yang tak bombastic. Ceritanya juga mungkin kebudak-budakan. Tapi melihat kepada komen 'two thumbs up' dari seorang blogger, maka timbul lah tanda tanya lalu mahu menyaksikan sendiri cerita ini.

Mengisahkan seorang budak penakut (hiccup) tinggal di kampUng yang haiwan perosaknya bukan lah ulat, kumbang, ayam, tetapi adalah dragon. Semua penduduk berhempas pulas untuk menghapuskan dragon yang dikatakan mengancam penduduk di situ. Hiccup turut mahu serta dalam misi menentang dragon, tetapi dia sekadar mencipta lagi kecelaruan lalu menyebabkan ayahnya tidak mengizinkan dia untuk menyertai mereka lagi. Cerita bermula apabila hiccup secara tidak sengaja mencederakan ekor night fury (dragon) yang mengakibatkan dragon itu tidak mampu lagi terbang. Kesempatan itu hiccup gunakan untuk menikam dragon tersebut, setidak-tidaknya boleh dia menempa nama sebagai wira dikampung. Akan tetapi, dalam dirinya seakan tidak punya jiwa untuk membunuh dragon, lalu niatnya itu dibatalkan. Mungkin sifat penakutnya itu megubah keadaan. Sejak itu hiccup mendalami karakter dragon, lalu bermulalah episod dia mengawal dragon tersebut. Ternyata dragon bukanlah seratus peratus seperti yang mereka anggap sebelum ini.

Cara penceritaan cerita ini boleh dikatakan menarik. Walaupun animasi, detail detail penceritaan diambil kira. Sehingga salah seorang peminat tegar cerita ini yang lebih dikenali sebagai L menyifatkan plot penceritaanya hampir menyerupai kisah ashabul ukhdud. (hahaha..boleh pulak). Tapi mungkin juga betul. Analoginya boleh dilihat ketika hiccup perlu memilih kepercayaanya kepada dragon yang baru dia kenali atau kepercayaan lama masyarakatnya terhadap dragon. Bukan mudah dan tentu sahaja menimbulkan konflik.

Walau apapun, ini hanya cerita. Sudah tentu cerita yang benar itu lebih sukar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sebuah kisah yang berlaku diantara seorang muslim dengan seorang bukan muslim.Kisah ini berlaku semasa mereka sedang asyik berbual tentang agama masing-masing..


Non-muslim:
"Saya hairan, engkau kata islam mengajar umatnya membuat kebaikan dan melarang mereka dari membuat kejahatan. Tapi mengapa ramai orang islam tetap melakukan kejahatan?"

Muslim itu berfikir sejenak, mencari jawapan yang paling sesuai dengan soalan dan penyoal tersebut.


Lalu bersuara...


"Kau pernah lihat kereta berjenama yang kuat dan berkualiti mengalami kecelakaan? mengapa kereta yang kuat binaan dan baik kualiti ini akhirnya rosak, remuk, dan hancur? Semuanya bergantung kepada pengguna kereta tersebut. Kalau pengguna menggunakan kereta itu dengan sebaik mungkin, pastinya kereta itu baik-baik sahaja. Jadi, apakah kereta itu yang bersalah ataupun pengguna?"

dan menyambung lagi...


"Begitu juga keadaannya dengan agamaku. Islam itu sendiri sudah cukup sempurna untuk manusia keseluruhannya. Tapi 'pengguna' atau penganutnya yang telah 'menyalahgunakan' agama ini dengan cara melanggar perintah Allah. apakah Islam itu yang bersalah ataupun penganutnya?"

Jawapan ini membuatkan orang bukan islam itu berfikir panjang dan mendiamkan diri sejenak..

satu renungan buat diri kita!









The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “The slave will receive a response so long as his dua does not involve sin or severing of family ties, and so long as he is not hasty.” It was said, “What does being hasty mean?” He said: “When he says, ‘I made dua and I made dua, and I have not seen any response,’ and he gets frustrated and stops making dua.” Narrated by al-Bukahari, 6340; Muslim, 2735.

Ada 2 malapetaka yang besar pernah terjadi dalam sejarah islam sehingga membawa kepada penderitaan seluruh umat islam sehingga beberapa generasi...



1. Zaman Abbasiyah-di bawa oleh Hulagu iaitu panglima tentera bangsa tatar, dari Mongolia. Kemuncaknya, kota Baghdad (ibu kota zaman ini) diserang. mereka merampas, merobohkan dan membunuh penduduknya.


Keadaan umat islam sebelum diserang -> mereka menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlaq akibat kelalaian pentadbiran, kezaliman pihak berkuasa, lemahnya cita2 khalifah, dan kemalasan majoriti gol. ulama' dari tugas amr ma'ruf nahi mungkar. Mereka hanya sibuk dengan perdebatan, dan perbahasan kosong tentang perkara2 agama.


Akhirnya muncul peribadi2 yang hidup jiwanya, melakukan pembaikan umat. Mereka mengajak umat manusia menjejak langkah mereka dan menampal mana2 yang koyak dalam urusan umat islam dalam kadar yang mampu. Beberapa abad kemudian, muncullah zaman Uthmaniyah. Kerajaan islam kembali tertegak.


2. Zaman Uthmaniyah- berlaku penjajahan tentera2 british dan perancis ke negara2 islam. mereka telah menghapuskan pemerintahan uthmaniyah, iaitu kerajaan islam yang terakhir. Mereka menghapuskan pemerintahan ini dengan cara menukar banyak undang2 islam kepada undang2 barat, merubah sistem pendidikan menurut sistem pendidikan barat, dan mengembangkan semangat perkauman sesama bangsa turki. Mereka juga melibatkan pihak yahudi dan freemason dalam urusan politik negara.


Dengan penukaran2 ini, mereka telah berjaya mempengaruhi hati orang2 islam. Mereka juga menanamkan rasa suka kepada kesenangan dan takut kepada kezaliman mereka. Maka jahiliyyah pun menguasai dunia islam..


* * *


Walaupun perang dunia pertama telah tamat dan berakhirnya kekuasaan jahiliyah di dunia islam, umat islam di seluruh dunia masih lagi hidup dalam kebingungan dan tercengang2. Mereka memerlukan seorang pemimpin yang dapat membangkitkan dan menyalakan cahaya islam dalam diri mereka di tengah2 taufan jahiliyah.

Benar, ramai individu2 yang merasai hakikat ini, tetapi mereka buntu dan tercari2 bagaimana caranya untuk menyedarkan manusia tentang hakikat kejatuhan umat ini.. Lantas mereka menggunakan cara menulis rencana2, mengadakan perhimpunan2, dan menulis resolusi di atas kertas semata-mata. Suara dan pendapat mereka hanya terpapar di dada2 akhbar dan mimbar2 binaan sahaja..

Begitulah sedikit gambaran tentang realiti umat islam semasa zaman kejatuhannya. Realiti ini membuktikan bahawa kita perlu berdiri dan melaungkan laungan "inilah aku!".. Kalimah ini yang akan menyedarkan umat islam dari kebingungan. lalu imam syahid Hasan al-Banna melaungkan kalimah ini. Beliau telah menubuhkan jemaah Ikhwanul Muslimin dan dengannya beliau mengorak langkah melakukan pengislahan umat.

Seorang pendakwah islam yang agung, Syakib Arsalan rahimahullah telah membuat suatu formula membina kembali umat islam, kata beliau "Tidak boleh tidak, kita mesti memulakan usaha islam ini dari bawah, iaitu melalui pembentukan individu" seterusnya beliau berkata lagi "Apa faedahnya kita mengadakan perhimpunan2, kemudian tidak mampu kepada perlaksanaan? adakah kamu ingin mengumpulkan angka2 yang kosong?"

Jelas di sini, medan amal itu adalah medan terbaik untuk membaiki umat. kita boleh ambil pengajaran dari kisah seorang sahabat rasulullah, Zuljausyan al-Dhababi r.a. Beliau tidak menyertai islam sehingga pembukaan mekah, sedangkan Rasulullah telah mengajak beliau memeluk islam selepas dari perang badr. Tetapi beliau menolak tawaran baginda kerana ingin menunggu sehingga islam mencapai kemenangan. pendirian beliau bersifat 'tunggu dan lihat' ini menyebabkan beliau merasa sangat menyesal tak sudah (selepas islam) kerana tidak tergolong dalam golongan yang bekerja untuk islam. Sedangkan pahala yang dijanjikan Allah bagi sesiapa yang bekerja untuk islam itu sangat besar..

tetapi seharusnya kita menjadi seperti Nabi Ismail a.s, yang menyokong dan membantu ayahnya, tatkala Nabi Ibrahim a.s mendapat arahan dari Allah untuk menyembelih puteranya itu. kata Ismail a.s, "Lakukanlah sepertimana yang diperintahkan Allah kepadamu. Aku akan membantumu". Beginilah jawapan orang yang beriman, nekad tanpa ragu2 dan teragak2.

Ya Allah, jadikanlah kami ini dari kalangan penolongMu. Ya Allah, tetapkanlah hati kami atas jalanMu. Berikanlah kami hadayah dan petunjukMu..amiin




ayat ni~sekadar menjadi pembakar semangat utk hari2 akan datang:

***

"Doktor bukanlah orang yg paling sehat, tapi merupakan orang yg paling bersungguh2 menjaga kesihatan..
Pelajar bukanlah orang yg paling bijak dan pandai, tapi merupakan orang yg bersungguh2 mencari ilmu..
DA'IE bukanlah orang yg paling bertaqwa, tapi merupakan orang yg paling BERSUNGGUH2 menjaga hakNya dan mencari cintaNya"
***
oh,begitu..
jadi, saya perlu melakukan segala tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh!
Rasulullah saw bersabda: "sesungguhnya Allah menyayangi hambaNya yang melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh"
selamat bermujahadah dan beramal!~

Assalamualaikum

berat kaki ini untuk melangkah. jalan dihadapan penuh duri. masih jauh perjalanan menuju ketenangan. dalam memilikinya bukan mudah. kerana penghujungnya adalah kekal. yang diyakini, ketenangan yang diburu adalah pasti. kerana disitu lah redhoMu Ilahi..

Kita Peduli

Kita Peduli

Dah solat..?

Pengarang

Mereka Menulis

Labels